RSS

Ya Allah..berertikah air mataku???

Semalam...
ibuku bercerita..
kesedihan terjelas dari suaranya..
berita..
ini bukan satu cerita dongeng..
bukan untk berlawak jenaka seperti selalu..
suaranya..
ahhh..
aku tidak biasa begitu..
aku selalu ceria..

berkata ibuku kepadaku..
anakku,
nenekmu sakit..
batuk2..
semenjak dimasukkan ke hospital..
2 hari lalu..
telefon la ibu saudaramu..
tanya khabar berita nenekmu..

ahhh,
kenangan itu datang lagi
aku amat rindu mereka..
ibuku..
ayah
adik2, kakak, abg...
dan ahli baru itu..

dan nenek??siapa disampingmu??
siapa menemanimu tatkala ku disini..
tatkala aku amat jauh..
beribu batu..
amat jauh..

hari ini..
emak saudaraku kuhubungi..
bertanya khabar setelah sekian lama..
perasaan ku lega..
nenekmu beransur pulih..
selepas pulang mengerjakan haji,
mungkin perubahan cuaca..
tp,
ibu saudaraku...
mengatakan bahawa, nenekku..
menghidapi radang paru-paru.
mungkin jangkitan kuman..
ya Allah,..
semoga semuanya kembali seperti biasa..
semoga nenekku sihat kembali..

aku tahu,
ibuku orang paling sedih..
teringatku akan suara sayunya..
ketika menyambut aidil adha..
tanpa ibu tercinta..(mengerjakan haji)..
kata-katanya..
"raya tahun ni x bes, anak xde(saye)..
mak xde(nenek).."
tp, aku..
seperti biasa..
tiada kesedihan..
mungkin ini pertama kali..
tp,
mengapa ibuku begitu sedih..?
megapa aku tidak mengerti..?
bukan aku seorang anaknya..
bukan cuma aku..
walhal..
ibuku cuma dia..
siapa sepatutnya lebih sedih??
mungkin ini baru permulaan..

Terdengar lagi cerita oleh ibu saudaraku..
Aishah,
sewaktu kami dihadapan kaabah
terasa begitu gembira..
nenekmu begitu bersemangat..
namamu sentiasa..
dalam ingatan
doa kami..
untukmu tidak putus-putus..

Ya Allah..
berjurai air mataku..
Ya Allah,
adakah hambamu ini selalu melanggar larangan mu..
adakah hambamu ini selalu mengerjakan arahan mu..
Ya Allah,..
ampuni hambamu..
Ya Allah..
Apakah yang telah hambamu lakukan?
Sehingga begitu besar ganjaran buatku..

air mataku..
mengalir..
Ya Allah,
berertikah air mataku...?

Hasil NUkilan..
Warna~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 buah fikiran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...