Ena meneliti jam ditangan kirinya, "ahh, sudah pukul dua pagi" keluh Ena. Seingatnya, pada waktu yang sama, semalam, dia sedang enak dibuai mimpi. Mimpi indah. Tanpa dia sedari sengihannya amat persis seperti seekor kerang. AAAAAaaaa, dengan serta merta, tangannya menampar menampar pipinya yang amat tembam itu. Fokus fokus! Kalau tak bila nak siap presentation ni. Dia sedar, kalaulah dia tidak bersikap malas macam ayam semalam, sudah tentu beban kerja hari ini tidak seberat ini. Namun apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..
Yoshhh! Alhamdulillah, siap juga presentation untuk esok. Dia tersenyum, tapi.. perasaan untuk tidur sudah lenyap. Kedua dua lengan jam menunjukkan kearah nombor empat. Tiba tiba Ena teringat Epa. Satu satunya kawannya semenjak dia berpindah ke tempat tinggal barunya. Epa amat berbeza daripada kawan kawannya sebelum ini. Dia seorang yang periang, dan sentiasa tersenyum apabila bertemu dengan orang lain. Kadang kadang, Ena cemburu dengan sifat Epa yang membuatkan dia menjadi kesukaan ramai. Ena selalu berlatih untuk senyum sendirian dihadapan cermin, tapi dia sedar, kerana sifat semula jadinya yang masam, walaupun dia berlatih senyum selama mana pun, hasilnya tetap sama., dia tidak akan mampu tersenyum seindah senyuman Epa.
Jadi, dia berhenti untuk senyum. Dia percaya, kalau dia tidak mempunyai harapan, pasti dia tidak akan kecewa. Dia berhenti berharap. Namun tanpa dia sedari, semua orang melabelkan dirinya sebagai seorang yang sombong. Apa tidaknya, sewaktu berjalan, dia akan berusaha untuk tidak berbuat eye contact dengan mana mana orang yang ada dihadapannya. Dia akan berusaha melarikan pandangannya ketempat lain apabila dia terpandang akan seseorang. Senyum? tidak sekali. Dalam asyik mengenang kan nasibnya yang begitu, akhirnya Epa terlelap tanpa disedari.
Keesokan harinya, Ena pon melalui hari hari bosannya seperti biasa. Bangun tidur, kelas, makan, homework dan malam menjelang tiba, seperti hari hari sebelumnya. Tapi, hari ini dia tidak nampak Epa. Selalunya, sewaktu rehat, Epa akan berusaha untuk mengajak Ena makan bersama sama.
"alah, orang cam Epa tu, free from problems, dan ramai kawan. tentu dia bersama rakan rakannya yang lain", bisik hati kecilnya. Namun, jauh didasar hatinya, dia berasa agak sunyi. Hanya Epa seorang sahaja yang menganggap Ena seperti seorang kawan. Paling tidak, harinya akan sedikit ceria dengan kehadiran gadis itu. Walaupun dia tidak pernah melahirkan perasaannya pada Epa, dan seringkali dia membalas senyuman ceria Ena dengan muka masamnya, namun dia sukakan perwatakan gadis itu. Ye, "coz everything inside, will never comes out right..."
Ena teringat satu cerita yang Epa ceritakan padanya dulu. Kisah seorang budak yang kematian ibunya pada hari jadinya. Semenjak hari tu,.. budak itu sering menyalah kan dirinya atas apa yang terjadi. Dia sedar, kalau dia tidak meminta ibunya untuk pulang pada hari jadinya, ibunya tak akan mati dalam kemalangan itu. Selepas itu ayahnya keluar negara dengan alasan bisnes dan tinggal lah dia bersama datuknya. Namun dia sedar, yang ayahnya amat membenci nya sekarang. Namun semua orang disampingnya sering menyatakan penipuan. "Dally, daddy pegi luar negara atas urusan bisnes, ibu mati bukan salah Dally....,kata pekerja dipejabat datuknya,.. "Ayah Dally sayang Dally.. ayah tak pernah salahkan Dally..., kata orang lain.. bla bla bla.
Namun Dally tidak pernah percaya semua itu. Walaupun sebagai seorang anak, dia amat memerlukan ayahnya, namun, kerana dia tidak mahu kecewa bila dia mengharapkan ayahnya menyayanginya. Oleh sebab itu, dia tidak pernah membalas email yang dihantar oleh ayahnya, dan segala yang berkaitan...
Akhirnya, Dally sedar, kenapa email yang dihantar oleh ayah nya sentiasa sama...
" Dally apa khabar? Macam mana sekolah hari ini? ...bla bla..
Tu semua sebab dirinya. Kerana dia tidak pernah membalas email email yang dia dapat, sebab itu...
Dan Dally juga sedar akhirnya... bahawa ayah nya amat menyanyangi nya, kerana setiap email yang diterimanya akan diakhiri "ayah sayang Dally"..
selama ini dia menganggap setiap email yang dihantar hanyalah kerana datuknya meminta ayahnya berbuat demikian. tanpa dia sedari, dia telah membina satu dinding besar antara dirinya dan ayahnya...
Ena sedar sekarang. Kenapa Epa menceritakan kepadanya kisah itu.. Dia sama sahaja seperti budak itu..... Oleh sebab dia tidak mahu dikecewakan dengan harapannya, tanpa dia sedari, dia telah membina sebuah dinding antara dirinya dan masyarakat. Dia sedar, tidak salah untuk berharap, dan tidak semestinya setiap harapan akan berakhir dengan senyuman, kadang kadang kekecewaan yang mengetuk pintu harinya. Namun, itulah kehidupan. Pahit dan manis lah yang mewarnai kehidupan seharian kita..
Yoshh!...
A thing called "hope"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 buah fikiran:
Post a Comment