Epa berjalan jalan dengan girangnya ke padang sekolah. Wah hari ni main game fevret ak, main tarik tali :) Dari jauh dia ternampak kelibat Ena. Senang aje nak cam minah sorang ni, kalau dimane ade orang yang dok sorang2 tu, itu lah dia. Semua gurl lain atleast in a group of 3, tp Ena sentiasa berseorangan.
"Jjjaanggggg!", sergah Epa. Ena seperti biasa akan melatah utk 30 saat yang akan datang. Epa sekadar menutup telinganya sambil tersengih sengih. Epa dapat melihat senyuman yang terukir dibibir Ena. Walaupun Ena sentiasa bersikap sejuk terhadapnya, namun dia sedar, dia selalu menceriakan hari Ena. "Kenapa tak join dey all main?", soal Epa.. Ena hanya mendiamkan diri. Amat sukar untuk membaca fikiran kawannya yang sorang ni. Berbeza dengan Epa, Ena tidak sukakan aktiviti aktiviti yang lasak. Dia lebih prefer indoor daripada outdoor. Jika lihat kepada Epa, dia seorang yang lincah dan sukakan aktiviti lasak. Ditangannya terdapat garis2 parut daripada luka yang dia rasai daripada berkhemah, mendaki gunung, dan sebagainya.
"Eyh Epa, kenapa kau suka aktiviti lasak eyh? Habis badan kau luka2.. tak sakit ke? Dan nanti, ade parut pulak tu. parut tu macam mengingatkan kau kepada kepedihan luka itu, tak begitu?", soal Ena.
Luka,..
bila kita terluka, memang sakit.. sampai kadang kadang air mata menitis.tapi, kesakitan itu tidak kekal. Apabila masa berganti, pedihnya luka akan pudar, tidak terasa lagi..
Tapi, parut yang tertinggal? Mungkinkah akan berdarah lagi..
"Ntah la Ena, aku tak pernah terfikir pulak, seriously.. Tapi, luka yang aku dapat dari melakukan aktiviti yang ak suka, mmg la sakit, kadang2 sampai kena bawak hospital balut balut segala,,.. Memang sakit.."
Epa ter'pause' sekejap..
"Tapi kan, sebab apa yang aku lakukan itu, atas kerelaan hati ak, dan mungkin sebab ak suka, parut tu menjadi kenangan dan bukti yang aku pernah melakukan sesuatu tu. So, everytime ak melihat parut tu, ak rase puas. hahahaha.."
"Tapi, macam mana pula kalau sebaliknya?", soal Ena lagi. "Maksud aku, kalau kau terluka disebabkan oleh orang lain, dan itu bukan sesuatu yang kau inginkan..",soal Ena lagi.. Epa sedar, Ena menyimpan terlalu banyak rahsia dalam hidupnya. Mungkin hatinya pernah dilukai dan sebab itu la, dia sering bermasam muka dan bersendirian. Walaupun seringkali mereka masuk kedalam mood untuk berkongsi masalah, Ena seringkali mengelakkan diri dan sering menjauhkan diri. Epa tidak mahu begitu. Dia berharap suatu hari nanti Ena juga akan menjalani hidup dengan penuh senyuman..
Ena bangun. "Luka itu memang lebih sakit dan mungkin lebih dalam., tapi, tanpa luka itu, dewasakah kita?...
Memang parut yang ditinggalkan akan mengimbau kembali masa sedih itu, tapi sampai bila kita nak kenangkan? Sampai bila ia nak menghantui hidup kita.."
"jadi,"..Epa menyeluk kocek seluarnya. lalu mencampakkan sesuatu kepada Ena..
"biarkan ia berlalu.."...
Ena mengalihkan pandangan kearah genggaman tangannya.. "KUNYIT!"
"hahaha.. aku pergi main dulu. bubye..", Epa melambai lambai kearah Ena lalu berlari lari menuju ke tengah padang...
"Kunyit boleh hilangkan parut ke??.." Ena menggaru garukan kepalanya yang tidak gatal.
Dia tersenyum.
Ouch sakit~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 buah fikiran:
ape pasal kunyit? ingt ke nk citer kejadian kat tangga
kejadian kat tangge? aku google camne nak hilangkan parut dy kate gne kunyit, nak wat cane. keh3
Post a Comment