Assalamualaikum w.b.t
Hari ini sudah 8 hari iA umat islam berpuasa. Rakan rakan puasa tak ? Alhamdulillah, dalam bulan puasa ni nafsu nak merepek2 ni pun berkurang sikit. Manakan tidak, syaitan semua dah dirantai, padan muke yee. So, dalam bulan ramadhan yang mulia ni, tinggal nafsu kita la sahaja, berperang dengan diri kita. sama ada nak melakukan amal ibadah ke, nak melagho aje kan.
Hari ni nak berkongsi sesuatu. Rasa macam banyak nyeee, benda nak share kat sini. Tapi tula, hari tu saya pergi chicago utk program motivasi, kena pulak, hari bertolak ialah pada hari untuk berpindah masuk ke fall assignment, so agak sibuk, kena kemas2 rumah baru lagi. Sayang rum8 baru, kak pah sebab byk membantu. Love you kak pah! <3
Kisahnye, saye terasa bila terdengar satu ceramah yg random, saya bukak dr page freshie ni. Ustaz tu kata, "nanti semua harta yg diberi pada kita semua kena soal. Apa kegunaannya, apa faedahnya ke jalan Allah, dan banyak lg. Ini boleh dikatakan intisari la dr ceramah ustaz tersebut. Lepas tu saye pon terfikir, bpe banyak la harta saya dibelanjakan kejalan Allah. Pastu sedar, ya Allah sikit nyeee. Banyak tak kawan2 ? Lagi, semua rezki yg kite dapat nti disoal kemana pergi nya ? Takot kan ? Huhu.
Lagi satu, sejak kebelakangan ni, saya terfikir satu benda ni. Bunyi nya begini...
"ada perkara, yang bila kita dah mulakannya, kalau kita nak berenti pon susah. Amat besar penangannya dalam diri kita. Dan ada perkara juga, kita tidak jangka kita akan mulakannya, berharap agar istiqamah, dan berdoa semoga tidak akan berakhir, tp tidak mudah utk mengekalkannya"
ada 2 perkara yang disebut. Perkara yang pertama, sesuatu berbuatan, tingkah laku, apa2 sahaja yang kita mula melakukan, takde la semangat sangat bila start tu, tp sebab ketidakteguhan pendirian kita, kita sering melakukannya. Untuk mendapatkan hiburan, senang. Merata. Tengok itu, tengok ini. Ringan sahaja tangan menaip keypad di Utube, search lagu2 baru segale. Kalau perbuatan indah atau mulia, alhamdulillah, tp kalau perbuatan yg melenakan kita ? menghanyutkan dan melalaikan bagaimana kan ?
Perkara seterusnya, perbuatan satu lagi, Datang sekejap2 sahaja. Mungkin kehadiran nya susah. Mungkin kerna ianya lebih bermakna. Nak Utube dengar ceramah ? Lebih baik la dengar lagu. Alahai la muslim muslimah sekalian.
Ya Allah golongkan kami semua dalam kalangan hamba mu yang beriman kepadamu.
Jauh kan lah kami dari azabmu, maafkan kami kalau sering terlupa akan mu. Penuhi lah hati2 kami dengan kalimah mu ya Allah. ameen~
Salam Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 buah fikiran:
nice =)
cume perenggan pertama tu..kejalan suppose to be ke jalan..igt bm..huu
-chledym-
Post a Comment