RSS

WAH new baby.

Hahahaha bajet baru aje la. DAH LAME!

bosan, hani tdo. omwek thermo tak gerak2 dari td ni. aigoo.
ni la gamba baby baru i. merah
i loikeee

actually cam nak clearkan folder pic. byk bena gamba vain. So, cam nak susun comel2 sikit. tetibe jumpe gamba ni. aigo dah bpe lame dah tak usik baby. jgn nanges eyh. dok lam laci tu senyap2. hik3...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Matang?

Nama saya Siti Aishah. Lahir pada Februari 11, 1990 di Hospital Lumut. Saya berasal dari Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

Kalau perasan, umur saya dah menjangkau angka dua, ya Allah dah 20 tahun rupenye aku ni ha. So, dalam masa terdekat ni, walaupun sibuk (sibuklah sangat,..kononnye la) sedikit kerana mostly evry week da start ade exam2 aje kejenye,.. saya terfikir untuk menjadi lebih matang pada masa hadapan..

Dulu dulu, selalu cakap, nak jadik pelajar yang matang. Sebab pada pandangan saya, matang tu.. erm, cam ladies la kan, bukan girl dah. Tak boleh melompat lompat, jalan kena sopan, cakap kena control volume, makan kena tutup mulut, jangan bunyi2 waktu sedang mengunyah, ape lagi...

ade banyak lagi, matang kalau tak menangis kalau tak dapat sesuatu, boleh meleraikan pergaduhan, tahu menenangkan orang yang sedang sedih, dan banyak lagi lah.. so itu la aspek matang pada pandangan saya..
owh ade lagi satu, kalau matang dah boleh kawen dah.. NGAHAHA..


(OMG i nak sangat subang yang siti pakai waktu dia kawen nih, n de dress too, and the tiara too...)hik3

Tapi, untuk semua perbuatan yang sudah spesifik, tiba tiba pada suatu hari, ...bla bla bla..
terlintas satu idea baru tentang sifat seorang yang matang...

So, pada pandangan saya, sesorang tu boleh dikatakan matang, kalau dia "mampu membuat keputusan yang relevant dengan situasi yang dialami dalam masa yang singkat.."
penting ni rasenye.. sebab, .. ntah, rase cam banyak aje masa kita berhadapan dengan suasa yang genting, then kita cam gelabah ke ? duduk diam ke? hurm, rase kena buat something to handle the situation la kan.. kot.
ade lagi satu. seseorang tu boleh dikatakan matang kalau dia mampu mengawal perasaannya sendiri berdasarkan situasi. so based on this aspect alone, i really can't say me myself as a "matang" person yet. aaa i am still a girl not a ladies la cani??? fine!

I guess i decide ape condition to be called a matured person ni i get when i look at somebody's action, then my heart ckp matured nye la minah/mamat ni.. so this one for my own opinion la.
so cam kena kaji selidik gak la ape pandangan orang lain kan?...

kalau ikut wikipedia,....

Matang adalah sebuah mukim di daerah Taiping, negeri Perak, Malaysia yang berhampiran dengan Selat Melaka. Perkataan "matang" merupakan singkatan kata bagi perkataan "permatang" yang membawa maksud "benteng". Permatang biasanya terdapat di tepi laut atau sungai dan berperanan sebagai penghalang banjir.

errr merepek ni, ni maksud lain. aigooo
takpe carik lagi lain pulak,,,..
haa ade jumpe blog org ni, dy kate dy umur 23 taun, tp orang selalu anggap dy 18 tahun sbb dy ske cam berperangai keanak anakan i guess. pastu ade orang tu komen balik la kan kt post dy,

erm dy kate: perangai keanak2an tidak semestinya menunjukkan pemikiran yang tidak matang. mungkin bersama kawan2 atau keluarga seseorang itu lebih suka bersikap begitu. ceria selalu.. tapi bila berhadapan dengan sesuatu perkara yang memerlukan diri membuat keputusan dengan bijak, dia berjaya melakukan sebaik mungkin. di situlah sebenarnya kematangan dinilai
 ( i loike this onee! hik2.
 from,
Kisah Cik Paro

wah ade lg satu blogger ni.. dy come out with maksud from kamus dewan. i guess i copy from u aje la eyh eyh eyh? hik3.. owh tapi lepas bace baru perasan. dia ade mesej lain gak..
dalam dunia ni, apa yang jadi ukuran bukannya matang, tp.. orang yang bertaqwa..


                             “Wahai manusia!, sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang   yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti”
                                        (Surah Al-Hujurat ayat 13)


owh tertinggal pulak maksud dari kamus dewan,..

MATANG(?). 1. Masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): 2. Sudah hampir akan pecah (bkn bisul). 3. Mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran; 4. Cukup tempohnya (bukan simpanan tetap); -- i guess yg dlam kurungan tu tambahan aje eyh??? 
from, 
Siapa Matang?

hurm after all, betol la kate kak izzati.. Kita tak boleh buat buat matang, i guess tak leh nak act out kte nye kematangan(?) Tapi orang yang akan judge kte from what they saw us. and mestila ikut dey all punye definition of matang la kan?.. hurm ye la kot, ntah.


So lastly, nak tunjuk gamba yang amat tak matang, n somehow cute gak!

MS. PATRICK!


hahaha. ok la.
Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

beza celik dan separuh celik

Bila kita mengantuk kita separuh celik,
dan kalau tak mengantuk kita segar.
dan kalau kita segar, otak pon ok la kan
dan kalau kita mengantuk otak pon, ermm,.. boleh boleh la kan.
dan kalau kita mengantuk lagi..

 inilah akibatnya.,,..

erm kejadian begini sering berlaku kepada kanak kanak riang yang tak cukup umur dan juga tidur,,
so, contohilah gamba dibawah ini.. baru la cukup umur dan cukup tidur..

motif??
nak tunjuk tulisan agak comel
dan..
nak bagi semangat jangan ngantuk dalam kelas dah.
kalau mengantuk jugak, sepak orang sebelah.
hahaha.
:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ouch sakit~

Epa berjalan jalan dengan girangnya ke padang sekolah. Wah hari ni main game fevret ak, main tarik tali :) Dari jauh dia ternampak kelibat Ena. Senang aje nak cam minah sorang ni, kalau dimane ade orang yang dok sorang2 tu, itu lah dia. Semua gurl lain atleast in a group of 3, tp Ena sentiasa berseorangan.

"Jjjaanggggg!", sergah Epa. Ena seperti biasa akan melatah utk 30 saat yang akan datang. Epa sekadar menutup telinganya sambil tersengih sengih. Epa dapat melihat senyuman yang terukir dibibir Ena. Walaupun Ena sentiasa bersikap sejuk terhadapnya, namun dia sedar, dia selalu menceriakan hari Ena. "Kenapa tak join dey all main?", soal Epa.. Ena hanya mendiamkan diri. Amat sukar untuk membaca fikiran kawannya yang sorang ni. Berbeza dengan Epa, Ena tidak sukakan aktiviti aktiviti yang lasak. Dia lebih prefer indoor daripada outdoor. Jika lihat kepada Epa, dia seorang yang lincah dan sukakan aktiviti lasak. Ditangannya terdapat garis2 parut daripada luka yang dia rasai daripada berkhemah, mendaki gunung, dan sebagainya.

"Eyh Epa, kenapa kau suka aktiviti lasak eyh? Habis badan kau luka2.. tak sakit ke? Dan nanti, ade parut pulak tu. parut tu macam mengingatkan kau kepada kepedihan luka itu, tak begitu?", soal Ena.

Luka,..
bila kita terluka, memang sakit.. sampai kadang kadang air mata menitis.tapi, kesakitan itu tidak kekal. Apabila masa berganti, pedihnya luka akan pudar, tidak terasa lagi..
Tapi, parut yang tertinggal? Mungkinkah akan berdarah lagi..

"Ntah la Ena, aku tak pernah terfikir pulak, seriously.. Tapi, luka yang aku dapat dari melakukan aktiviti yang ak suka, mmg la sakit, kadang2 sampai kena bawak hospital balut balut segala,,.. Memang sakit.."
Epa ter'pause' sekejap..
"Tapi kan, sebab apa yang aku lakukan itu, atas kerelaan hati ak, dan mungkin sebab ak suka, parut tu menjadi kenangan dan bukti yang aku pernah melakukan sesuatu tu. So, everytime ak melihat parut tu, ak rase puas. hahahaha.."

"Tapi, macam mana pula kalau sebaliknya?", soal Ena lagi. "Maksud aku, kalau kau terluka disebabkan oleh orang lain, dan itu bukan sesuatu yang kau inginkan..",soal Ena lagi.. Epa sedar, Ena menyimpan terlalu banyak rahsia dalam hidupnya. Mungkin hatinya pernah dilukai dan sebab itu la, dia sering bermasam muka dan bersendirian. Walaupun seringkali mereka masuk kedalam mood untuk berkongsi masalah, Ena seringkali mengelakkan diri dan sering menjauhkan diri. Epa tidak mahu begitu. Dia berharap suatu hari nanti Ena juga akan menjalani hidup dengan penuh senyuman..

Ena bangun. "Luka itu memang lebih sakit dan mungkin lebih dalam., tapi, tanpa luka itu, dewasakah kita?...
Memang parut yang ditinggalkan akan mengimbau kembali masa sedih itu, tapi sampai bila kita nak kenangkan? Sampai bila ia nak menghantui hidup kita.."
"jadi,"..Epa menyeluk kocek seluarnya. lalu mencampakkan sesuatu kepada Ena..
"biarkan ia berlalu.."...
Ena mengalihkan pandangan kearah genggaman tangannya.. "KUNYIT!"
"hahaha.. aku pergi main dulu. bubye..", Epa melambai lambai kearah Ena lalu berlari lari menuju ke tengah padang...

"Kunyit boleh hilangkan parut ke??.." Ena menggaru garukan kepalanya yang tidak gatal.
Dia tersenyum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kadang kadang..

Kadang kadang...,
terlintas dihati kita, kenapalah semua orang dalam dunia ni mempunyai bermacam ragam dan lagak?
kenape tak semua berfikir dengan cara yang sama dengan kita...
would it be much muchhh easier for us to live on with the same thought?

Most of the time,
pergaduhan terjadi disebabkan oleh salah paham...
sebab,..
apa yang kita fikir tak sama dengan ape yang orang lain fikir..
kita fikir something tu baik untuk diri orang lain, tp..
dia berfikiran yang totally different dengan kita..
dan dia assume apa yang kita lakukan untuk kepentingan diri kita..
akhirnya.. kita sendiri makan hati..
haih~
tapi, salah siapa? salah mereka kah?
obviously?...,


Kadang kadang..,
kita sedar semuanya berpunca dari kesengalan diri sendiri..
kita sedar kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah kelemahan diri..,
tp,
Most of the time,
we kept repeating the same mistakes
over again~~
dan akhirnya kecewa lagi..
dan mengecewakan lagi..

Kadang kadang..,
kita mengeluh panjannnnggg sangat..
sebab,
memikirkan masalah orang lain.
sedangkan...masalah sendiri pun tinggi menggunung...
tp,
most of the time..
people tend to think about others problem
jaga tepi kain orang..
dah memang lumrah ke?
atau kita memang sayangkan orang disamping kita?
sehingga sanggup mengenepikan masalah sendiri..
dan pikirkan tentang orang lain...

Kadang kadang...,
kita rase tensionnnn sangat..
sebab,

study la.., family la..., kawan kawan laa..,

dan Most of the time..,
kite akan cari seseorang untuk kita ceritakan masalah kita..
bla bla sini laa, bla bla sane laa..
huh lega sikit rasa hati ini..
kurang sikit beban..
tp
pernah tak kite terfikir
orang ni nak dengar ke cerita kite yang penuh ketensionan ni.
orang ni takde masalah sendiri ke?
kenapa dia tak pernah cerita masalah dia..
tp aku selalu cerita masalah aku kat dia...

huh~
terlalu banyak kadang kadang.
adakah ini penyakit hati?
tp setahunya ade 2 sahaja masalah hati..
syahawat dan shubuhat..
hurm..
mungkin ada cerita disebalik kejadian.
semua tersirat satu pengajaran..
terlukis satu peringatan..
untuk makhluk bergelar insan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A thing called "hope"

Ena meneliti jam ditangan kirinya, "ahh, sudah pukul dua pagi" keluh Ena. Seingatnya, pada waktu yang sama, semalam, dia sedang enak dibuai mimpi. Mimpi indah. Tanpa dia sedari sengihannya amat persis seperti seekor kerang. AAAAAaaaa, dengan serta merta, tangannya menampar menampar pipinya yang amat tembam itu. Fokus fokus! Kalau tak bila nak siap presentation ni. Dia sedar, kalaulah dia tidak bersikap malas macam ayam semalam, sudah tentu beban kerja hari ini tidak seberat ini. Namun apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..


Yoshhh! Alhamdulillah, siap juga presentation untuk esok. Dia tersenyum, tapi.. perasaan untuk tidur sudah lenyap. Kedua dua lengan jam menunjukkan kearah nombor empat. Tiba tiba Ena teringat Epa. Satu satunya kawannya semenjak dia berpindah ke tempat tinggal barunya. Epa amat berbeza daripada kawan kawannya sebelum ini. Dia seorang yang periang, dan sentiasa tersenyum apabila bertemu dengan orang lain. Kadang kadang, Ena cemburu dengan sifat Epa yang membuatkan dia menjadi kesukaan ramai. Ena selalu berlatih untuk senyum sendirian dihadapan cermin, tapi dia sedar, kerana sifat semula jadinya yang masam, walaupun dia berlatih senyum selama mana pun, hasilnya tetap sama., dia tidak akan mampu tersenyum seindah senyuman Epa. 


Jadi, dia berhenti untuk senyum. Dia percaya, kalau dia tidak mempunyai harapan, pasti dia tidak akan kecewa. Dia berhenti berharap. Namun tanpa dia sedari, semua orang melabelkan dirinya sebagai seorang yang sombong. Apa tidaknya, sewaktu berjalan, dia akan berusaha untuk tidak berbuat eye contact dengan mana mana orang yang ada dihadapannya. Dia akan berusaha melarikan pandangannya ketempat lain apabila dia terpandang akan seseorang. Senyum? tidak sekali. Dalam asyik mengenang kan nasibnya yang begitu, akhirnya Epa terlelap tanpa disedari. 


Keesokan harinya, Ena pon melalui hari hari bosannya seperti biasa. Bangun tidur, kelas, makan, homework dan malam menjelang tiba, seperti hari hari sebelumnya. Tapi, hari ini dia tidak nampak Epa. Selalunya, sewaktu rehat, Epa akan berusaha untuk mengajak Ena makan bersama sama. 
"alah, orang cam Epa tu, free from problems, dan ramai kawan. tentu dia bersama rakan rakannya yang lain", bisik hati kecilnya. Namun, jauh didasar hatinya, dia berasa agak sunyi. Hanya Epa seorang sahaja yang menganggap Ena seperti seorang kawan. Paling tidak, harinya akan sedikit ceria dengan kehadiran gadis itu. Walaupun dia tidak pernah melahirkan perasaannya pada Epa, dan seringkali dia membalas senyuman ceria Ena dengan muka masamnya, namun dia sukakan perwatakan gadis itu. Ye, "coz everything inside, will never comes out right..."


Ena teringat satu cerita yang Epa ceritakan padanya dulu. Kisah seorang budak yang kematian ibunya pada hari jadinya. Semenjak hari tu,.. budak itu sering menyalah kan dirinya atas apa yang terjadi. Dia sedar, kalau dia tidak meminta ibunya untuk pulang pada hari jadinya, ibunya tak akan mati dalam kemalangan itu. Selepas itu ayahnya keluar negara dengan alasan bisnes dan tinggal lah dia bersama datuknya. Namun dia sedar, yang ayahnya amat membenci nya sekarang. Namun semua orang disampingnya sering menyatakan penipuan. "Dally, daddy pegi luar negara atas urusan bisnes, ibu mati bukan salah Dally....,kata pekerja dipejabat datuknya,.. "Ayah Dally sayang Dally.. ayah tak pernah salahkan Dally..., kata orang lain.. bla bla bla. 


Namun Dally tidak pernah percaya semua itu. Walaupun sebagai seorang anak, dia amat memerlukan ayahnya, namun, kerana dia tidak mahu kecewa bila dia mengharapkan ayahnya menyayanginya. Oleh sebab itu, dia tidak pernah membalas email yang dihantar oleh ayahnya, dan segala yang berkaitan... 


Akhirnya, Dally sedar, kenapa email yang dihantar oleh ayah nya sentiasa sama... 
" Dally apa khabar? Macam mana sekolah hari ini? ...bla bla..
 Tu semua sebab dirinya. Kerana dia tidak pernah membalas email email yang dia dapat, sebab itu... 
Dan Dally juga sedar akhirnya... bahawa ayah nya amat menyanyangi nya, kerana setiap email yang diterimanya akan diakhiri "ayah sayang Dally".. 
selama ini dia menganggap setiap email yang dihantar hanyalah kerana datuknya meminta ayahnya berbuat demikian. tanpa dia sedari, dia telah membina satu dinding besar antara dirinya dan ayahnya...


Ena sedar sekarang. Kenapa Epa menceritakan kepadanya kisah itu.. Dia sama sahaja seperti budak itu..... Oleh sebab dia tidak mahu dikecewakan dengan harapannya, tanpa dia sedari, dia telah membina sebuah dinding antara dirinya dan masyarakat. Dia sedar, tidak salah untuk berharap, dan tidak semestinya setiap harapan akan berakhir dengan senyuman, kadang kadang kekecewaan yang mengetuk pintu harinya. Namun, itulah kehidupan. Pahit dan manis lah yang mewarnai kehidupan seharian kita.. 
Yoshh!... 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ja Ne~

Tlupp. Satu demi satu batu kecil itu tercampak ke dalam laut. Bukan atas kemahuan, tapi apakan daya, si pembaling tidak jemu2 melontarkan nya kesana. Habis sudah batu dikiri, pindah ke kanan pula. Hurm~ sampai bila aku nak tunggu ni? bisik Ena. Ena merenung laut yang luas terbentang dihadapannya. Dia tahu, walaupun sudah seharian dia duduk disitu, orang yang dinantikan tak akan muncul juga. Haih~ apakan daya.

Setelah senja melabuhkan tirainya, barulah Ena tersedar akan lamunan panjang nya. Walaupun keadaan yang sama telah dilalui hari hari sebelumnya, namun Ena mungkin akan masih disitu keesokan harinya. Masih menanti. Ena buntu. Dia tidak tahu apa lagi daya upayanya. Hakikatnya, hatinya masih merindukan Drian. Walaupun dia tahu, mereka tak mungkin akan bersama, bukan kerana pangkat dan harta, tapi kerana dunia mereka berbeza. Walaupun masing masing mempunyai ciri fizikal yang agak sama, tapi tak mungkin. Apa kata masyarakat?

Ena pun melangkah pulang. Hari ini dia bertekad, tidak akan kembali ke sana lagi. Cukuplah masanya yang terbuang selama ini. Ena sedar, cintanya pada Drian tak membawa kemana. Malah, hanya dia sahaja yang memendam perasaan. Tapi, bagaimana dia meneruskan hidup? Kalau lah dia ada keberanian, sudah tentu semua ni tak akan berlaku...

      "Ena, lepas ni kita mungkin tak akan dapat bermain sama sama lagi.. Esok, Drian akan pindah. Sudah sampai masanya.. "kalaulah, aku ada sedikit kekuatan, tentu semua tak akan berakhir begini.. tentu, paling kurang pun, aku tahu apa perasaan Drian padaku. Haih~

"Sudah la tu, perkara dah lepas jangan dikenang lagi", ah! Epa tak akan paham. Dalam dunia dia, hanya ada gelak tawa ciptaan nya. Semua orang pun sayang dia. Nak main dengan dia. Tapi aku, mujur ada Drian.. Tapi...

Apa Epa cakap tu pon betul.  Yoshh! Ena menggenggam erat tangannya. Mulai esok, aku akan mulakan hidup baru. Biarlah Drian dengan dunia nya. lagipun...

.....mana mungkin nenas boleh hidup bersama durian?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...