RSS

Ja Ne~

Tlupp. Satu demi satu batu kecil itu tercampak ke dalam laut. Bukan atas kemahuan, tapi apakan daya, si pembaling tidak jemu2 melontarkan nya kesana. Habis sudah batu dikiri, pindah ke kanan pula. Hurm~ sampai bila aku nak tunggu ni? bisik Ena. Ena merenung laut yang luas terbentang dihadapannya. Dia tahu, walaupun sudah seharian dia duduk disitu, orang yang dinantikan tak akan muncul juga. Haih~ apakan daya.

Setelah senja melabuhkan tirainya, barulah Ena tersedar akan lamunan panjang nya. Walaupun keadaan yang sama telah dilalui hari hari sebelumnya, namun Ena mungkin akan masih disitu keesokan harinya. Masih menanti. Ena buntu. Dia tidak tahu apa lagi daya upayanya. Hakikatnya, hatinya masih merindukan Drian. Walaupun dia tahu, mereka tak mungkin akan bersama, bukan kerana pangkat dan harta, tapi kerana dunia mereka berbeza. Walaupun masing masing mempunyai ciri fizikal yang agak sama, tapi tak mungkin. Apa kata masyarakat?

Ena pun melangkah pulang. Hari ini dia bertekad, tidak akan kembali ke sana lagi. Cukuplah masanya yang terbuang selama ini. Ena sedar, cintanya pada Drian tak membawa kemana. Malah, hanya dia sahaja yang memendam perasaan. Tapi, bagaimana dia meneruskan hidup? Kalau lah dia ada keberanian, sudah tentu semua ni tak akan berlaku...

      "Ena, lepas ni kita mungkin tak akan dapat bermain sama sama lagi.. Esok, Drian akan pindah. Sudah sampai masanya.. "kalaulah, aku ada sedikit kekuatan, tentu semua tak akan berakhir begini.. tentu, paling kurang pun, aku tahu apa perasaan Drian padaku. Haih~

"Sudah la tu, perkara dah lepas jangan dikenang lagi", ah! Epa tak akan paham. Dalam dunia dia, hanya ada gelak tawa ciptaan nya. Semua orang pun sayang dia. Nak main dengan dia. Tapi aku, mujur ada Drian.. Tapi...

Apa Epa cakap tu pon betul.  Yoshh! Ena menggenggam erat tangannya. Mulai esok, aku akan mulakan hidup baru. Biarlah Drian dengan dunia nya. lagipun...

.....mana mungkin nenas boleh hidup bersama durian?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 buah fikiran:

HaNi! said...

xfham

Aishah Esa said...

hanya orang comel aje paham.
ko comel tak? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...